Malay Quran | Baca Al-Quran

Chapter 99 (Sura 99)
1; Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2; Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3; Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
4; Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
5; Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6; Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7; Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8; Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Pages ( 99 of 114 ): « Previous1 ... 9798 99 100101 ... 114Next »