Malay Quran | Baca Al-Quran

Chapter 84 (Sura 84)
1; Apabila langit terbelah,
2; Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
3; Dan apabila bumi diratakan,
4; Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
5; Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
6; Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
7; Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
8; Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
9; Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
10; Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
11; Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
12; Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
13; Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
14; Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
15; (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
16; Maka Aku bersumpah, demi mega;
17; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
18; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
19; Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
20; 19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
21; 20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
22; 21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
23; 22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
24; 23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
25; 24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
26; 25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Pages ( 84 of 114 ): « Previous1 ... 8283 84 8586 ... 114Next »