Malay Quran | Baca Al-Quran

Chapter 1 (Sura 1)
1; Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2; Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3; Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4; Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5; Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6; Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7; Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Pages ( 1 of 114 ): 1 23 ... 114Next ยป