Malay Quran | Baca Al-Quran

Chapter 100 (Sura 100)
1; Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2; Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3; Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
4; Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
5; Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6; Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7; Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8; Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
9; (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
10; Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
11; Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

Pages ( 100 of 114 ): « Previous1 ... 9899 100 101102 ... 114Next »