Malay Quran | Baca Al-Quran

Chapter 97 (Sura 97)
1; Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3; Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4; Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5; Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Pages ( 97 of 114 ): « Previous1 ... 9596 97 9899 ... 114Next »